tasyha880808
4 tahun
Tak pasti hamil atau tidak
Hi saya wanita berusia 31 tahun saya baru berkahwin… period saya datang 3 march 2019 tapi 31 march saya datang period tapi cuma 2 hari dan saya sering muntah bila makan dan minum, pening dan deria bau saya sangat kuat untuk bau wangian… saya lakukan pregnancy test tapi negatif dan sejak 2 hari yang lepas saya kerao kencing dan sakit pinggang… adakah saya hamil doctor?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya :
Hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan dan boleh mengakibatkan sakit pinggang dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.