
fatiniera0612
3 tahun
Tak period 3 bulan kandungan sebulan
Doc. Last period saya 19.7.2021 dan 10.10.2021 saya check upt keputusan positive. Dan pada 13.10.2021 saya ke klinik scan kandung baru sebulan… kenapa jadik begitu ye doc?kalo ikot dari tariks last period kandungan saya da 3 bulan. Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan penerangan tentang kehamilan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, kali terakhir anda didatangi period adalah pada 19.7.2021 dan mendapati anda sedang hamil dengan kandungan yang berusia 1 bulan. Anda ingin mendapatkan penerangan tentang usia kandungan anda mengikut tarikh terakhir period anda. Saya akan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan maklumat yang diperlukan.
Sebagai pengetahuan, kehamilan akan terjadi sekiranya ada berlakunya pensenyawaan antara ovum dan sperma dalam sebuah proses yang dikenali sebagai konsepsi. Ovum selalunya akan dikeluarkan ketika proses ovulasi yang berlaku pada hari ke-14 dalam kitaran haid seseorang wanita (bergantung kepada panjangnya kitaran haid setiap wanita) dan mempunyai kemungkinan untuk menjalani proses konsepsi dengan kehadiran sperma.
Dalam situasi anda (sekiranya kitaran haid anda adalah 28 hari), ovum mungkin telah dikeluarkan pada 26.7.2021 dan boleh bertahan sehingga konsepsi berlaku selama 24 jam, namun bergantung kepada setiap wanita, tempoh ini boleh berubah. Dengan menggunakan maklumat ini, anda boleh mengira usia kandungan anda menggunakan kaedah kalender.
Namun, terdapat juga beberapa faktor kesihatan yang boleh mempengaruhi usia kandungan anda, antaranya adalah:
- Kitaran haid yang tidak teratur
- ketidakseimbangan hormon
- Penyakit ginekologi
- Faktor kesihatan sperma pasangan
Anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor untuk mendapatkan pemahaman yang lebih lanjut tentang usia kandungan anda.
Saya berharap penerangan diatas dapat membantu dan sekiranya anda inginkan penjelasan yang lebih, anda boleh bercakap dengan doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.