
Sulit
4 tahun
Tak sedar hamil termakan ubat cacing
Cycle period sy ialah 34 days. Pada hari ke 30, sy telah mengambil Zentel Syrup. Selepas day 34, sy masih belum period & melakukan test upt. Keputusannyau positive. Adakah kesan pengambilan ubat cacing tersebut akan mempengaruhi perkembangan janin? Apa yg perlu sy lakukan skrg? Sy buntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sesetengah ubat adalah selamat untuk digunakan semasa hamil. Jika doktor tersebut memberi ubat kepada anda, ia bermakna ubat itu selamat untuk diambil. Untuk menjawab persoalan anda, jika berlaku sebarang pertumpahan darah atau gejala yang tidak normal, disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor di pusat kesihatan yang terdekat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.