
Sulit
3 tahun
Tak selera makan walaupun lapar dan Badan terasa sejuk panas
Saya berusia 27 tahu dan hamil sebulan lebih. Tapi saya ada penyakit jantung rematik. Apakah saya perlu berjumpa dengan doktor walaupun kehamilan baru masuk sebulan lebih?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami gejala kurang selera makan dan perubahan suhu badan serta sedang hamil dan mempunyai sejarah penyakit jantung rematik. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala kurang selera makan dan perubahan suhu badan adalah antara perubahan yang normal pada wanita yang sedang hamil. Malah perkara ini normal untuk wanita yang hamil pada trimester pertama.
Namun, disebabkan anda mempunyai sejarah penyakit jantung rematik, ia boleh menandakan perkara yang lebih serius.
Risiko komplikasi kepada ibu dan bayi dalam kandungan meningkat pada kalangan wanita yang mempunyai penyakit jantung rematik dan sedang hamil.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor melalui atas talian untuk mendapatkan bantuan dan nasihat seterusnya dalam hal ini.
Saya harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.