
Sulit
4 tahun
Takikardia atau athma?
umur 21 tahun . saya pesakit bipolar dan itp . nak tanya , saya ada gastrik kronik . dalam 2-3minggu saya alami jantung berdebar laju walaupun duduk atau baring , jantung berdebar seperti selepas berlari . selepas itu , saya sesak dada dan susah bernafas yang sangat sakit (tak boleh bernafas seperti nak mati) seperti tercekik , badan dan tangan saya gemetar bila jantung dan nafas sangat pendek , dan saya menangis sebab sakit . saya sekarang dalam fasa depresi . dalam 45minit-1jam , saya kena tunggu stop . kadang peluh sejuk . bila rasa gelabah atau overthinking mesti benda tu datang balik .
bila saya stress , jantung saya akan laju dan pengsan . saya berjumpa doktor di klinik kesihatan yang mereka berkata saya ada syncopal attack . cuma tak pasti sama ada betul atau tidak . bagi saya itu normal saja . tapi masalahnya , tak normal bagi saya adalah seperti yang saya nyatakan tentang yang saya rasa dalam 2-3minggu .
saya mohon pencerahan daripada doktor . harap doktor bolwh bagi jawapan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh gangguan emosi yang tidak stabil ataupun gejala penyakit yang memerlukan bantuan doktor. Ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan stres oleh faktor kerja atau masalah personal
- gangguan depresi
- mahupun gangguan organ tiroid, paru-paru, atau jantung
Umumnya, ‘Syncopal Attack’ adalah penurunan kesedaran dan kontraksi otot secara tiba-tiba tercetus oleh pelbagai sebab. Gangguan tersebut juga boleh dimanifestasikan dengan takikardia mahupun sesak nafas secara tiba-tiba.
Takikardia adalah suatu keadaan dimana nadi seseorang meningkat melebihi paras normal. Asma pula sering dikaitkan dengan gangguan saluran pernafasan akibat faktor genetik mahupun faktor yang lain.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.