
Sulit
4 tahun
Takut tidur berseorangan
saya merupakan pelajar perempuan yang baru habis diploma pendidikan. umur saya 24 sekarang. apa yang saya hadapi sekarang adalah saya mengalami masalah takut untuk tidur berseorangan, sebelum ini saya biasanya tidur bersama kakak. namun, setelah kakak berkahwin, saya mula tidur berseorangan. saya rasa gelisah untuk tiidur berseorangan dan sering berpeluh sehingga saya tidak boleh tidur sehingga pagi. saya berasa sangat insecure apabila tidur waktu malam. adakah apa yang saya rasa ini adalah somniphobia, dan bagaimanakah cara merawatnya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala tidak tenang, gelisah atau cemas ketika mahu tidur merupakan salah satu dari gejala psikologi yang mendebarkan dan sememangnya perlu diberi perhatian. Ia juga boleh dikatkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan fobia yang lain (i.e. klinofobia, somnifobia, hipnofobia, insomnia, dll)
- gangguan depresi atau penyesuaian keadaan
- dll.
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / was-was
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memasang audio sleeping music
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.