
Sulit
4 tahun
Tambah Berat badan pesakit tiriod
Isteri saya menghadapi penyakit tiroid yang menyebabkan hilang berat badan, jadi bagaimanakah Cara yang sesuai untuk menambah berat badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Seperti yang anda sedia maklum, hipertiroidisme, atau kelenjar tiroid yang terlalu aktif, berlaku apabila tiroid anda menghasilkan tiroksin terlalu banyak. Ini boleh mengakibatkan banyak gejala, termasuk penurunan berat badan disebabkan metabolisma yang tinggi.
Pertama sekali, saya nasihatkan untuk isteri anda mengambil rawatan untuk masalah hormon tiroid yang dia alami. Hal ini kerana masalah beliau berpunca dari penyakit tiroid tersebut. Maka, puncanya haruslah dikawal terlebih dahulu.
Setelah hipertiroidisme dia terkawal, gejala yang dia alami juga akan bertambah baik. Dengan ini, berkemungkinan berat badan dia akan naik dengan sendirinya. Namun, harus diberi perhatian juga, kerana sebaliknya boleh berlaku selepas rawatan dimana berat badan dia bertambah dengan mendadak akibat kekurangan aktiviti hormon tiroid tersebut.
Tidak ada menu yang spesifik untuk pesakit tiroid. Buat sementara waktu, dia digalakkan untuk mengambil diet yang seimbang. Tidak disarankan untuk dia memilih makanan seperti makanan segera walaupun dia mungkin memerlukan kalori yang lebih untuk menambah berat badan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai soalan yang anda ajukan, saya sarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda mungkin juga boleh merujuk masalah ini kepada pakar endokrinologi yang secara khusus merawat masalah yang berkaitan dengan hormon. Anda boleh membuat temu janji dengan doktor pakar di hospita swasta sekiranya anda berminat melalui link ini.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.