
Sulit
4 tahun
Tampalan sementara gigi gerham
Sy wnita berusia 29thn… Dlm jam 11.28am td sy tlah di beri tampalan sementara di gigi gerham… Soalan sy mengapa serpihan dr tampalan tu mcm terhakis n mcm ada putih² kt air liur… Adakah selamat untk saya menelan air liur atau mesti meludah untk mengelakkan tertelan hakisan tampal tersebut…
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu gigi tampalan yang terhakis. Untuk makluman anda, tampalan gigi yang terhakis adalah normal disebabkan pergerakan dan geseran yang berlaku didalam mulut ketika makan dan bercakap. Sekiranya hakisan ini berlaku secara berterusan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi semula. Ia perlu dirawat dengan sempurna oleh doktor gigi. Cadangan cecair atau ubat akan diberikan oleh doktor gigi setelah pemeriksaan teliti dilakukan. Lazimnya perkhidmatan tampalan gigi pada waktu pkp di klinik kerajaan bergantung pada tempat dan kawasan. Oleh itu anda boleh menghubungi mereka dalam waktu yang terdekat. Selain itu, anda juga boleh cuba mendapatkan perkhidmatan yang sama di klinik gigi swasta.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.