
Sulit
4 tahun
Tampalan simen yang tinggj
Doktor saya ingin bertanya mengenai simen tampalan gigi saya yang terlalu tinggi dan membuatkan saya tidak dapat mengetap gigi sepenuhnya. Hal ini kerana saya sedang mamakai braces, doktor saya menampal simen di kedua2 belah gigi bawah saya yang paling hujung agar saya tidak dapat mengetap gigi sepenuhnya agar gigi taring saya pada bahagian atas yang tidak tersusun bergerak ke hadapan ke tempat asalnya. Oleh itu, dengan tampalan tersebut saya tidak dapat mengunyah menggunakan gigi geraham saya dan percakapan saya menjadi sedikit pelat. Saya ingin bertanya bahawa adakah simen tampalan yang tinggi ini akan menipis apabila saya sering mengunyah makanan? Kerana simen tampalan yang ditampal pada gigi geraham saya sebelum ini telah menipis akibat mengunyah makanan setiap hari. Jadi, saya musykil adakah saya hanya perlu membiarkan sahaja simen tampalan ini sehingga menipis sendiri atau pun perlu berjumpa semula dengan doktor gigi saya dan menyatakan masalah tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, tampalan yang tinggi tersebut bertujuan untuk menghalang anda mengetap gigi dengan terlalu kuat dan menyebabkan ketidakselesaan dan juga untuk membantu dalam penyusunan gigi semasa rawatan pendakap gigi berlangsung. Selain itu, tampalan tersebut juga akan menipis setelah sementara waktu dan anda tidak perlu risau mengenainya. Namun begitu, sekiranya anda mengalami masalah seperti masalah untuk bercakap dengan jelas dan sakit gusi atau gigi, sila berjumpa dengan doktor gigi anda.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.