
Sulit
4 tahun
Tanda awal covid-19 (badan tidak selesa)
Saya pesakit kencing manis dan darah tinggi. Baru-baru ini, saya rasa tidak sedap badan, demam, selesema dan batuk. Adalah ini tanda awal covid-19? Saya tiada kontak rapat dgn pesakit covid-19. Dimana boleh buat ujian swab?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit COVID-19 lebih-lebih lagi apabila menghidap penyakit kronik serta bergejala.Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
Keletihan
Batuk
Sakit-sakit badan
Sakit tekak
Sakit kepala
Sesak nafas
Walaupun anda mengalami demam, batuk & selsema, agak sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa.
Anda juga boleh melakukan ujian saringan atau swab COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan. Namun begitu, keutamaan akan diberi kepada golongan yang mempunyai kontak rapat dan berisiko. Pihak kami juga anda menyediakan khidmat ujian saringan COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah, pandu lalu atau datang ke klinik.
Justeru itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini