
cacusaaras
4 tahun
Tanda berwarna coklat selepas makan escapel
Saya wanita berumur 22,Dan saya baru lepas haid pada 22/12,Dan saya telah bersama pada 23/12…Selepas saya bersama saya makan escapel pada 24/12…Dan hari ini 31/12 saya ade tanda berwarna coklat macam period kenapa yer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan berwarna coklat. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti pil perancang serta suntikan perancang
Berdasarkan keterangan anda yang memakan pil perancang kecemasan, secara umum, sesetengah wanita yang menggunakan pil perancang kecemasan juga boleh mengalami kesan sampingan seperti payu dara tegang, keletihan dan perdarahan haid yang tidak menentu. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah bersifat sementara sahaja dan tidak menyebabkan komplikasi-komplikasi yang serius.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi