
najiha.riduan97
4 tahun
Tanda hamil atau penyakit?
Hi doctor. Saya wanita lingkungan 20’an dan sedang ttc. Kebiasaannya saya akan senggugut 3 hari pertama waktu haid. Tapi bulan ni, dalam seminggu sebelum haid saya dah rasa cramp macam senggugut dan breast tenderness yang teruk juga untuk beberapa hari sampai sentuh pun sakit. Haid saya datang daripada hari pertama cuma spotting tapi pada hari ke 3 dah start banyak macam normal haid dan senggugut juga cuma kurang sakit dari biasa. Rasa mual dan masuk angin tak dapat jadikan rujukan sebab saya ada gastrik jadi dah selalu rasa mual dan tak selesa perut. Boleh jadi ini tanda2 awal hamil atau keberangkalian sebarang penyakit ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah senggugut yang datang sebelum haid dan juga sakit payu dara. Untuk makluman anda, senggugut ini berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim yang dipengaruhi oleh hormon Prostaglandin. Hormon ini dirembeskan ketika tisu dalam rahim itu telah gugur menjadi darah haid.
Masalah yang anda alami ini dikenali sebagai Primary Dysmenorrhea dimana seseorang itu mengalami senggugut yang sangat sakit.
Sakit payu dara anda juga mungkin berkait dengan senggugut anda kerana ia juga dipengaruhi oleh hormon prostaglandin. Terdapat beberapa penyakit atau penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon
- Kehamilan : Implantasi janin ke rahim boleh menyebabkan sakit seperti senggugut - namun ia tidak dikira sekiranya anda telah mengeluarkan haid.
- Endometriosis : Ketumbuhan tisu rahim pada organ diluar rahim
- Adenomyosis
- Kecederaan pada organ reproduksi wanita seperti rahim, serviks dan vagina
- Keradangan pada salur kencing
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Masalah ovari
- Ketumbuhan fibroid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa gangguan aktiviti harian anda.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor hanya sekiranya anda mengalami simptom lain seperti:
- Senggugut yang berlarutan
- Keletihan dan tidak bermaya
- Pendarahan yang semakin tidak teratur dan banyak
- Sakit belakang
- Bengkak didalam kawasan rahim
- Pengeluaran lendir yang aneh dari kelamin.
Untuk mengetahui lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.