
Sulit
4 tahun
Tanda hitam di muka seperti jeragat yang timbul seakan bersisik dan gatal semakin membesar menyebabkan muka saya jadi sangat tidak selesa
Salam sejahtera Doktor, Saya seorang wanita berumur 60 tahun & suri rumah. Terdapat tanda hitam dimuka seperti jeragat yang timbul seakan bersisik dan kadang2 terasa gatal. Saya berangapan satu pigmentasi bila telah berusia tapi kawan saya mengatakan itu sejenis penyakit. Bagaimana saya hendak membuat temujanji di hospital kerajaan? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Psoriasis
- Ekzema
- Radang kulit
- Jangkitan oleh bakteria, virus ataupun bakteria
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk membuat temu janji bersama dengan pakar kulit di hospital kerajaan, anda perlu pergi ke klinik kesihatan untuk diperiksa terlebih dahulu. Berdasarkan pandangan doktor yang memeriksa anda, beliau akan merujuk masalah anda kepada doktor pakar kulit di hospital ataupun anda boleh meminta diri anda untuk dirujuk kepada doktor pakar.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi ataupun membuat temu janji bersama doktor pakar kami. Terima kasih.