
Sulit
4 tahun
Tanda Kehamilan Sangat Jelas
Doctor, sy period 17/09…dan abis dlm masa 4 hari…sgt singkat…selepas habis period sy xsedap bdn seperti simptom hamil. Mual2, perut cramp, cepat letih dan mengantuk…adakah itu satu tanda sy mengandung…boleh kah sy hamil setelah kehabisan period…sy belum cuba check upt sbb xnk mengharap…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih ataas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya terdapa persenyawaan (hubungan intim) bersama suami yang dilakukan pada jangka masa 2-3 hari, 2 minggu selepas kitaran haid yang lepas kerana tempoh tersebut adalah tempoh subur bagi wanita. Oleh itu, tanda-tanda kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid yang lewat atau tidak datang selama 1 minggu atau 1 bulan selepas haid tarikh yang sepatutnya.
- Mual, loya dan muntah.
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Kerap kencing
- Keletihan.
Sekiranya anda melakukan hubungan intim bersama suami dan menghadapi simptom-simptom tersebut, maka ada kemungkinan tinggi anda adalah hamil walaupun anda telah datang haid pada masa terdekat. Kadangkala, kedatangan haid yang anda perihalkan tersebut adalah bukan haid, tapi mungkin adalah pendarahan implantasi (Implantation Bleeding) yang berlaku dimana sel zygote (sel persenyawaan) telah di implantasikan ke dingding rahim dan menyebabkan pendarahan menitik (spotting).
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda untuk mengambil ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) pada sekurang-kurangnya seminggu selepas tarikh haid yang terlepas (missed period) anda bagi mendapatkan kepastian.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.