
Sulit
3 tahun
Tanda Kehamilan Tanda Kehamilan
Saya dengan pasangan saya membuat hubungan seks pada 28/11. Pada 2/12, pasangan memberitahu saya bahawa ada tompokkan darah yang keluar serta perutnya sakit dan kerap kencing. Adakah ia tanda bahawa pasangan saya itu hamil walaupun saya tidak sama sekali pancut di dalam dan hanya melakukannya dengan sekejap sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah pasangan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, asas terjadinya kehamilan adalah adanya persenyawaan diantara sperma (sel dalam air mani lelaki) dengan ovum (sel telur wanita). Asalkan kedua sel ini bertemu, maka berlakulah kehamilan. Hal ini bermaksud, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (kondom, pil perancang, dsb) mempunyai risiko untuk hamil bergantung kepada tahap kesuburan wanita dan kesihatan sperma.
Andai ada kemasukan zakar ke dalam vagina, namun ejakulasi (pancut) di lepaskan di luar, maka risiko untuk hamil tetap ada kerana sperma dapat hadir dalam air mani dalam bilangan yang sedikit.
Perlu diketahui bahawa sperma tidak boleh hidup lama di persekitaran luar, namun jika ia terkena bahagian faraj, masih ada risiko untuk mengandung. Untuk kepastian, pasangan anda boleh membuat ujian UPT. Masa yang sesuai untuk melihat keputusan ujian kehamilan adalah 2 minggu selepas pasangan anda tidak datang haid.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.