Sulit
5 tahun
Tanda kekuningan selepas haid
saya berumur 29 tahun dan masih belum berkahwin. dalam 2 atau 3 bulan lepas saya ada melakukan seks tanpa perlindungan. selepas tamat haid, saya dapati ada kesan kuning pada pantyliner yg saya guna. bila saya baca simptom utk std, sy takde menunjukkan rasa sakit ketika buang air. boleh doktor tolong saya? saya nk ke klinik tapi saya malu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, discaj yang berwarna kekuningan sebaik sahaja haid tamat adalah normal dan bukannya penyakit. Sekiranya anda menghidapi gejala ini:
Discaj berwarna kuning gelap, kuning-kehijauan atu hijau
Sakit di bawah perut.
Demam
Sakit ketika melakukan hubungan seks.
Sakit ketika kencing
Haid tidak teratur.
Discaj faraj semakin banyak atau berbau.
Letih
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sebenar masalah anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.























