
Sulit
4 tahun
Tanda kurap sudah sembuh
dr saya nak tanya, hampir 3 minggu lepas saya minum pil anti kurap dan 2 ubat sapu juga sudah habis digunakan dan sekarang ni sudah masuk ubat sapu yang ketiga. Saya nak tanya apa tanda kurap hampir atau sudah sembuh sepenuhnya dan adakah risiko untuk terjangkit kurap semula? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Sekiranya gejala gatal, kemerahan, ruam kulit dan gejala-gejala yang lain telah hilang, kemungkinan besar rawatan anda telah berhasil. Namun saya menasihatkan anda untuk tetap bertemu dengan doktor agar penilaian yang lebih komprehensif boleh dilakukan sebelum menetapkan apakah rawatan telah selesai atau perlu dilanjutkan.
Kurap atau nama lainnya ‘ ringworm ’ merupakan sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada kulit manusia. Dalam dunia perubatan, kurap turut dikenali sebagai ‘ tinea ’ . Kawasan yang sering dijangkiti termasuklah kulit kepala, kemaluan, dan kaki.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.