
Sulit
5 tahun
Tanda Lunula Di jari
assalamualaikum doktor , saya inging bertanya , apelah jika tiada tanda lunula di jari , merupakan mempunyai masalah kesihatan yang serius ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- boleh menjadi normal untuk segelintir manusia
- faktor penuaan
- sel darah merah yang rendah
- kekurangan nutrisi
Jika anda mengalami sebarang gejala seperti sakit dada, sesak nafas, pucat dan letih, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.