
arifzharfan1996
5 tahun
Tanda mengandung paling ketara
Saya melakukan hubungan pada 8/9/2019 dan sekarang 14/9/2019.
Sekarang Saya mual,sakit di breast ,keluar darah coklat di vagina,sakit perut,mudah lapar,
Adakah saya pregnant doktor ?
Dan ada cara ingin saya merancang supaya tidak pregnant untuk perancangan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, petanda yang paling ketara sekali untuk kehamilan ialah ketidakdatangan haid pada kitaran bulan hadapan. Sekiranya anda ingin mengetahui status anda, anda boleh mendapatkan ujian kehamilan daripada farmasi dan untuk mengetahui cara yang betul menggunakan alat ujian kehamilan, sila rujuk panduan di sini (Ujian Kehamilan).
Terdapatlah banyak cara perancangan kelurga, iaitu:
- Secara semulajadi (penggunaan kalendar atau ‘coitus interuptus’)
- Hormon (Pil perancang, pil kecemasan atau implan)
- Pembedahan atau Fizikal (kondom, IUCD)
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.