
Sulit
4 tahun
Tanda rahim bersih selepas keguguran
sya bru shja keguguran pada 29sep dan menglami pendrhn slma 3 hri sahja , kemudian pada 26oct sya telah pendrhn besrta daging gumpalan slama lebih 10 hri , mcm mana mahu tahu rahim bersih slpas keguguran? kerana sya keluar darh pada 27nov, adaka itu darah haid ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang keguguran. Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah kepada anda atas keguguran yang berlaku.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan apa sebenarnya pendarahan yang berlaku kerana persoalan lebih mendalam dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor di klinik bagi melakukan pemeriksaan rahim. Hal ini kerana saya juga tidak boleh memberitahu anda adakah darah tersebut haid atau tidak. Biasanya darah haid mempunyai ciri ciri tertentu seperti yang anda biasa alami sebelum ini. Sekiranya pendarahan tersebut adalah berbeza bagi anda, sila berjumpa dengan doktor.
Namun kebiasaannya setelah keguguran berlaku, pendarahan akan berterusan selama seminggu atau dua. Jumlah darah yang keluar berbeza mengikut individu. Boleh jadi juga darah yang keluar adalah darah nifas selepas bersalin atau keguguran. Darah nifas terbahagi kepada tiga iaitu:
- Lochia Rubra : berwarna merah terang, selepas sehari atau dua hari bersalin
- Lochia Serosa : berwarna pink-perang dan berterusan sehingga hari ke 10
- Lochia Alba : berwarna putih kekuningan berterusan sehingga 6 minggu selepas kelahiran
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor yang merawat. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.