
Sulit
4 tahun
Tanda ruam di badan da n ulser di mulut
Saya mengalami tanda2 ruam kecil di badan terutamanya bhgn leher dan dada 2 bulan lepas, selain itu badan juga terasa seperti lesu dan lemah walaupun tidak melakukan aktiviti yg berat. Saya juga rasa sering mengantuk. Apakah saya mengalami penyakit tertentu. Mohon pencerahan dari doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi jkami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Memandangkan anda belum pernah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital, gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Bermula dari:
- jangkitan virus
- kurang menjaga kebersihan diri
- persekitaran tempat kerja yang ekstrim (terlalu panas, kerja berat, dll.)
- penyakit kulit (i.e. ekzema)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Hingga ke kondisi yang lebih serius seperti:
- malnutrisi
- sexual transmitted disease (STD)
- tanda-tanda awal kanser (biasanya disertai dengan penurunan berat badan yang drastik)
- tanda-tanda awal HIV/AIDS
- gangguan penyakit kronik yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.