
Sulit
5 tahun
Tanda Sakit Perut Teruk
selamat pagi doktor. saya wanita berumur 26 tahun. saya mengalami sakit perut yang amat teruk dari tengah2 perut hingga ke bawah pinggang diiringi kesakitan itu hingga ke kaki. apabila mengalami kesakitan saya tidak boleh dudduk saya hanya boleh baring dalam posisi memeluk kaki untuk mengurangkan kesakitan saya dan mengambil ubat tahan sakit. Apa yang perlu saya buat doktor untuk mengurangkan kesakitan saya takut untuk pergi ke hospital

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Gastritis adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Ulser perut
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Malangnya, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat harus merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh pergi ke klinik berdekatan dengan anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.