
Sulit
4 tahun
Tanda Social Anxiety Disorder
Maaf mengganggu tapi saya nak tanya tentang masalah yang saya hadapi. Umur saya 16 tahun dan saya ada perasaan yang takut dengan persekitaran dan orang lain. Saya takut nak keluar bersosial sebab takut diketawakan,diperburukkan dan macam macam perkara negatif lagi. Takut macam macam sampaikan saya menangis sebab tak nak keluar rumah. Nak buat apa apa dikhalayak ramai pun takut. Dekat sekolah saya memang takut sangat sangat nak berhadapan dengan senior,cikgu dan kawan kawan lain. Bila saya baca tanda tanda yang ada dalam Google memang sama dengan apa yang saya rasa,jantung berdegup laju,tangan ketar tapi tak terlalu kuat,menangis dan lain lain. Jadi saya sampai disini untuk tanya pendapat tentang pengalaman saya.Saya masih tak diagnos diri sendiri saya ada SAD cuma buat masa ni saya tak ada keberanian untuk mengajak ibu bapa periksa kesihatan mental saya. Tapi kawan kawan dan keluarga ada beri kata kata semangat untuk saya tidak pedulikan sekeliling cuma saya tak boleh nak pedulikan, saya rasa diperhatikan dan diketawakan. Takut menguasai diri😭 Adakah saya mempunyai SAD?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara umum, masalah sering berasa takut yang anda alami mungkin berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Diagnosis berkaitan mental/psikiatri perlu dibuat oleh pakar setelah pemeriksaan yang komprehensif dilakukan kepada anda. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna, Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda memberitahu ibu bapa/ penjaga anda untuk mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih