
Sulit
4 tahun
Tanda -tanda awal kehamilan
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Saya ingin bertanya kebolehpercayaan upt test. Saya melakukan pregnancy test dua hari sebelum hamil menggunakan test strip UPT dan terdapat satu garis terang dan satu garis samar. Apakah maksud keputusan ini? Dan adakah test strip sangat sensitif pada HCG di dalam tubuh?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa kemungkinan gejala seperti diatas boleh terjadi:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda mungkin hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kehamilan, anda boleh merujuk kepada doktor anda kerana ujian UPT mungkin tidak sempurna dan memerlukan pemeriksaan doktor serta ujian makmal untuk pengesahan kehamilan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sekian.