
Sulit
4 tahun
Tanda tanda coklat selama 3 hari
Sekiranya ada tanda tanda coklat selama 3 hari…boleh kan saya mulakan makan pil perancang…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid yang berwarna coklat ini selalunya disebabkan oleh darah beku pada dinding rahim anda akibat takungan haid pada kitaran haid yang lepas. Gejala keputihan coklat ini selalunya tidak menandakan penyakit yang serius, namun jika berlarutan ia boleh disebabkan oleh masalah penyakit rahim seperti ketumbuhan fibroid atau polip, keradangan pelvis (PID), jangkitan kuman dan juga penyakit Adenomyosis. Selain itu, ia juga boleh dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang berlaku sepanjang kitaran haid tersebut.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun, ia lebih kepada perkara yang normal jika ia dikaitkan oleh situasi anda. Penggunaan pil perancang ini selalunya boleh diambil pada bila-bila masa, namun jika ia adalah pil perancangan harian adalah lebih baik jika diambil pada awal bulan atau selepas kedatangan haid bagi memudahkan perhitungan hari untuk mengambil ubat tersebut dan menentukan tarikh-tarikh yang penting. Sila pastikan anda menggunakan pil perancang yang diinginkan dengan dos-dos perskripsi yang berpatutan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.