Sulit
3 tahun
Tanda- tanda hitam Hiv
Dekat setaun lepas saya kena kayap…tanda2 hitam naik dkt parut2 kayap tu…adakah ini tanda2 hiv
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Shingles
- Chicken pox
- Radang kulit
- Bullous impetigo
- Gigitan serangga
Kayap disebabkan oleh jangkitan virus herpes zoster. Keadaan yang dapat melemahkan sistem imuniti seperti HIV boleh menyebabkan seseorang mendapat kayap. Namun begitu, tidak semestinya seseorang itu perlu menghidap HIV terlebih dahulu untuk mendapat kayap. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.