
farah240794
5 tahun
Tanda tanda kehamilan
Salam…sy berusia 25thn…sy ingin mndapatkan kepastian tentang kehamilan.Saya bru habis haid last week and selepas beberapa hari sy rasa tak sedap perut…adakah kita bole pregnant walaupun baru lps dtg bln ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca sakit atau tidak sedap perut selain kehamilan, antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik
- Sembelit
- GERD
- Kembung perut
Walaupun anda baru habis haid pada minggu lepas sekiranya anda telah melakukan hubungan seksual selepas anda habis haid terdapat risiko untuk hamil walaupun rendah. Selain itu tanda-tanda kehamilan tidak akan muncul seawal beberapa hari selepas anda melakukan hubungan seksual jika anda mengandung.
Sekiranya anda masih sakit perut, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan tentang punca masalah tersebut. Anda juga boleh melakukan ujian kehamilan (UPT) sekiranya mengesyaki anda hamil. Terima kasih.