
Sulit
4 tahun
Tanda-tanda mental illness?
Hi, saya ingin bertanya bagi pihak salah seorang ahli keluarga saya yang mana dia seorang yang suka bergurau kasar, sehingga boleh membuat seseorang kesakitan. Apabila orang itu sudah merasa sakit, dan beritahu dia tentang kesakitan itu malah dia juga sedar mangsa kelihatan sakit, dia tetap terus menyakiti org itu. Dia tidak boleh terima apabila mangsa akui yang perbuatan dia telah menyakiti mangsa. Lebih menghairankan apabila dia mula berang melampau sehingga sanggup cuba untuk memukul, atau menampar mangsa hanya kerana mangsa mengakui kesakitan yang dialami. Saya tidak tahu nak refer ke mana. Kalau nak bawa ke psychiatrist adalah mustahil. Situasi ini sering berlaku. Adakah perbuatan sedemikian merupakan salah satu tanda mental illness?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang mental illness.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat mngesyorkan anda untuk membawa orang tersebut berjumpa dengan pakar psikiatri. Terdapat beberapa kemungkinan penyakit yang dialami oleh individu tersebut dan boleh dirawat dengan pendekatan yang betul oleh pakar.
Saya berharap perkara ini boleh dipanjangkan kepada individu tersebut untuk kebaikannya sendiri. Anda boleh ke klinik psikiatri di mana mana hospital, atau ke klinik berdekatan untuk di rujuk kepada pakar psikiatri.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.