
siroziana
5 tahun
Tanda tanda mini strok
Salam sejahtera…Ibu saya pagi tadi menghadapi kesukaran untuk bercakap contoh seperti susah untuk menyebut ayat penuh.seperti orang stroke.tapi selepas beberapa minit…percakapan kembali jelas. sudah dibawa ke klinik kesihatan. doktor cuma menerangkan tekanan darah ibu saya tinggi.bila diperiksa tahap kekuatan tangan dan kaki adalah normal.doktor hanya membekalkan ibu saya ubat darah tinggi. adakah ini tanda mini strok.adakah perlu untuk saya membawa ibu saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut lagi? terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini merupakan tanda mini strok yang dinamakan sebagai Transient Ischemic Attack (TIA) iaitu mini strok. Doktor di klinik ini menjelaskan dengan betul, dan anda boleh membawa ibu anda ke hospital untuk mendapatkan nasihat yang berlainan sekiranya tiada keyakinan.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.