
nursyahirah_17
4 tahun
Tanda tanda najis bayi yang berusia bawah 6 bulan.. Bayi yang minum susu formula
Bayi sy berusia 3blan++… Bayi berak cair sekali sehari. Adakah itu tanda cirit birit. Bayi minum susu formula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berak cair dalam kalangan bayi kadang-kadang adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu-bapa, anda harus perhatikan gejala cirit-birit yang lain. Ini termasuk muntah-muntah, demam, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis bayi anda
Cirit-birit boleh disebabkan oleh:
- alergi
- minuman susu formula tidak dibuat dengan betul
- selsema
- antibiotik
- keracunan makanan
- kekurangan enzim(walaupun jarang berlaku)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anak anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.