
Sulit
3 tahun
Tanda-tanda pregnant
Saya nak tanya kenapa period saya 3 hari,dan kerap kencing,sebelum ni saya punya period seminggu,adakah itu tanda saya pregnant

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami haid tidak teratur dan anda ingin mengetahui sekiranya anda hamil.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara.
Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang tinggi atau kekurangan berat badan
- Masalah tiroid
- Pengambilan ubat perancang atau ubat hormon lain
- Masalah PCOS
Maklumat tambahan diperlukan daripada anda supaya kami dapat menentukan sekiranya anda hamil atau tidak. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor untuk medapatkan kepastian.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.