
Sulit
3 tahun
Tangan bergetar dan jantung bergerak pantas
Hai doctor. Saya perempuan berumur 21 tahun. Baru kebelakangkan ini saya telah mendapati tangan saya selalu bergetar dan jantung bergerak dengan pantas secara tiba tiba dan membuat saya agak tidak selesa. apakah tindakan yg saya harus lakui? Apakah penyakit tersebut berbahaya untuk kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Minuman berkafein seperti kopi dan teh
- Masalah tiroid (hipertiroid)
- Keresahan
- Sindrom Cushing
- Penyakit Parkinson
Setiap penyakit di atas mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan boleh jadi ia berbahaya kepada anda dan boleh jadi juga tidak berbahaya kepada anda tergantung kepada tahap keparahan penyakit tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor