
Sulit
5 tahun
Tangan berkedut dan gatal
Dr. Tapak tangan saya jadi berkedut yg teruk apabila terkena air pada masa yg singkat. Tangan juga menjadi gatal ketika berkedut. Apa ubat yg boleh saya ambil utk rawat tangan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan dan keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai sebab untuk anda mengalami gatal-gatal pada tangan dan kaki seperti:
- tindakbalas alahan
- jangkitan kuman dan bakteria
- penyakit hati kronik
Kemungkinan anda mencuci tangan anda menggunakan sabun yang menyebabkan alahan. cuba menukar kepada sabun yang lain untuk melihat tindak balas yang berbeza atau sama berlaku.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih