Sulit
3 tahun
Tangan berpeluh berlebihan
Saya bekerja sebagai spa therapist dan mengalami tangan yang sentiasa berpeluh …jadi agak menjadikan masalah dengan kerja Saya…apa yang harus Saya lakukan untuk menhilang peluh tangan saay?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh genetik - sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
- Tekanan fizikal
- Tekanan emosi dan masalah psikologi seperti mengalami anxiety
- Masalah tiroid
- Penyalahgunaan alkohol berlebihan atau pengambilan dadah
- Masalah berat badan berlebihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.