
haizadcekoii
4 tahun
Tangan berpeluh dan kaki
Sya umur 21 tahun sering tangan dan kaki berpeluh, bagimanakah cara untuk mengatasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, banyak peluh di bahagian tertentu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Masalah tiroid
- Gula darah rendah
- Sejenis kanser
- Masalah jantung
- Masalah saraf
- Jangkitan
- Akibat ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.