
Anonymous
4 tahun
Tangan dan kaki kebas, demam, lewat haid hampir seminggu
Saya wanita 20’an, dalam dua hari ini saya mengalami lenguh badan, suhu badan naik sedikit, lebih kurang macam demam walaupun suhu tidak beberapa tinggi. Dan semalam tekanan darah saya tinggi dan saya bukan penghidap darah tinggi ataupun sejarah keluarga penghidap darah tinggi. Sejak kebelakangan ini, leher saya kemerahan seperti kulit menebal/bengkak. Dan bila sentuh di kelenjar leher, terasa sakit sedikit. Kitaran haid sy normal sebelum ini, jarang sekali utk lewat haid selalunya ontime. Boleh Dr jelaskn apa masalah kesihatan yang sy hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami beberapa gejala yang mungkin saling berakitan atau tidak. Namun begitu, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi tanpa maklumat lanjut tentang gejala-gejala anda.
Untuk makluman anda, ketika demam adalah normal untuk mengalami lenguh badan. Mengenai darah tinggi pula, berapakah bacaan yang anda dapati?
Mengenai kalenjar di leher, adakah ia merupakan benjolan atau bengkak pada kulit? Anda juga menyatakan tentang kitaran haid anda, adakah anda mempunyai masalah dengan kitaran haid anda kali ini.
Maklumat anda bagi setiap gejala yang anda nyatakan adalah tidak jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih