
Sulit
4 tahun
Tangan dan kaki rasa kebas , sakit sprti di ccuk jarum .bdenyut dn bell palsy kmbli
hi saya wanita berumur 19 thun , bole saya tau pnyebab kenapa kaki fn tgn saya sstengah area itu berasa bdenyut , mati rsa dn panas sprti di cucuk jarum sakitnya , malah saya sering rasa ingin pitam kerana sering rada pening dn blkang saya juga sllu sakit , malah kerap rsa mual . sy jg kerap ingin mmbuang air kcil .bole berikan penerangan pada saya punca dan cara mngatasinya ?
maaf saya tertinggal sdikit info , saya pernh tkena bell palsy , ttapi ketika kaki sya rsa kebas dn mti rsa ,muka sblah kanan sya yg trkena bell palsy dhulu , terkena balik . ada orang cakap saya trkena kali kedua . adakah ia bekait dgn mslh mati rasa pada kaki dn tgn sya jg ? adakah benar ? maaf klau maklumat yang saya smpaikan kurg jelas .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan dan kerisauan anda pada masa ini tentang masalah kebas yang dialami oleh anda. Untuk masalah kebas bahagian tangan ataupun jari, ia boleh berpunca daripada perkara berikut:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Untuk makluman anda, masalah kaki kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Duduk yang lama boleh menyebabkan saraf terperangkap dan aliran darah kurang ke kaki, sekaligus menyebabkan kebas.
- Peripheral Artery Disease : terdapat plak yang tersumbat di dalam saluran darah di kaki menyebabkan saluran darah tidak lancar
- Diabetic Neuropathy : kerosakan saraf disebabkan oleh penyakit kencing manis
- Masalah saraf tulang belakang
- Kecederaan di pada kaki
Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit kaki
- Hilang/gugur bulu di bahagian kaki
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.