
Sulit
4 tahun
Tangan kana a kebas serta jari kanan sakit,dan dada berasa sakit secara tiba-tiba
hai… sy wanita berusia 29tahun. sudah berkahwin. sejak 3 minggu yang lalu tangan kanan saya berasa kebas,dan berasa sakit hanya di ibu jari kanan saja… sakit yang teramat… dan sejak beberapa hari ni saya perasan dada saya kerap sakit secara tiba2. apakah punca pada masalah kesakitan yang saya alami ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga dinasihatkan untuk terus berhenti merokok atau vape kerana ia membawa kemudaratan yang sama.
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi