Sulit
2 tahun
Tangan kanan kebas,
saya wanita berumur 37 tahun. saya sekarang sering mengalami kebas pada tangan kanan saya. denyutan nadi kadang kala sangat lau n bunyi saya dapat dengar. rambut gugur sanga teruk. ini ada apa-apa tanda penyakit bahaya ke?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami masalah kebas pada tangan kanan dan rambut gugur. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Secara amnya, gejala tangan kebas ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan vitamin B12
- Kecederaan saraf atau saraf tertekan
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius seperti:
- Kencing manis ( diabetic neuropathy )
- Kecederaan saraf tunjang
- Slipped disc
- Multiple sclerosis
- Masalah tiroid
Masalah keguguran rambut boleh berlaku akibat genetik ataupun ia boleh berlaku disebabkan penyakit serius seperti masalah tiroid.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih