
Sulit
6 tahun
Tangan kanan menggigil dan jantung laju
Hai Doctor… Jantung bergerak laju sampai menggigil tangan di bahagian kanan… Shaking ikut rentak jantung… Bahaya atau normal? Jadi dalam sepuluh saat saja… Sejak petang semlm hingga harini dah 3,4 kali jadi mcm ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan bergetar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Minuman berkafein seperti kopi dan teh
- Masalah tiroid (hipertiroid)
- Keresahan
- Sindrom Cushing
- Parkinsonisan (disebabkan oleh penyakit Parkinson/penyakit Wilson/ubat-ubatan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!