
Anonymous
4 tahun
Tangan kebas dan penyelesaiannya
Mak saya berumur 47 tahun. Dia ada hidap penyakit kencing manis. Kebelakangan ni dia ada kebas tangan. Adakah itu normal doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kebas tangan yang ibu anda alami boleh disebabkan:
- Sindrom Carpal Tunnel
- Kesan kencing manis - saluran darah kepada saraf tangan boleh tersumbat mengakibatkan gejala ini
- Kekurangan vitamin B atau kalsium
- Kecederaan pada pergelengan tangan
- Simptom awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.