
riezawanie
5 tahun
Tangan kebas dan sakit
Saya wanita 39 tahun dan mempunyai masalah tangan kiri rasa kebas dan sakit ,dada rasa berat dan sakit pada ulu hati…saya juga rasa gementar…apakah tandanya doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- serangan jantung
- penyakit hempedu
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri ini menandakan kondisi yang serius. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.