nurzalikha.idam
3 tahun
Tangan Kiri dan kanan kebas
Ayah saya berusia 69 tahun sedang mengalami kebas tangan kiri dan kanan sehingga tidak boleh genggam barang. Pada 4.5.19 beliau telah jatuh dan dikejarkan ke hospital tetapi sampai sekarang saya tak tahu punca kebas tersebut.
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, biasanya masalah kebas biasanya berkaitan dengan saraf. Namun begitu ia boleh juga disebabkan oleh masalah lain di kawasan sekitarnya yang menggangu saraf bahagian tersebut seperti masalah salur darah, otot dan juga tulang. Selain itu, penyakit ini juga boleh disebabkan oleh penyakit jantung.
Untuk mengetahu penyebab masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Anda boleh kunjungi mana-mana klinik atau hospital, atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.