Sulit
5 tahun
Tangan menggigil secara tiba -tiba
Saya seorang pelajar perempuan. Tangan saya selalu menggigil setiap kali nak jawab peperiksaan sehingga saya tidak mampu untuk menulis dengan betul. Saya terpaksa mengambil masa 5-10 minit malah mengambil masa yang lebih lama sebelum saya mampu menulis dengan betul. Saya juga mengalami masalah untuk membuat presentation di depan orang ramai di mana tangan dan kaki saya akan menggigil dengan teruk sehingga hampir terjatuh, tekak kering, tangan berpeluh dan suara seakan mahu menangis. Perkara ini hanya bermula sejak tahun lepas. Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Masalah ini berkemungkinan disebabkan oleh stage fright atau performance anxiety. Hal ini adalah perkara biasa yang dialami oleh seseorang.
Untuk mengatasi masalah ini, saya sarankan untuk anda sentiasa berlatih di depan cermin sebelum membuat perbentangan. Lebih baik jika anda boleh berlatih dihadapan beberapa orang kawan anda. Biasakan diri anda dengan pentas. Selain itu tenangkan diri sebelum berucap. Bercakap perlahan-lahan, jangan gelojoh. Namun perkara ini mengambil masa dan latihan yang banyak sebelum anda boleh mengatasi dengan sepenuhnya.
Selain itu, untuk masalah tangan menggigil ketika menjawab soalan berkemungkinan disebakan oleh gementar. Anda harus menenangkan diri sebelum masuk ke dewan ujian bagi mengatasi masalah ini.
Anda juga boleh berjumpa dengan doktor atau ke farmasi bagi mendapatkan ubat penenang yang boleh diambil sebelum pembentangan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























