
Sulit
3 tahun
Tangan retak tp tidak melakukan rawatan
Dah 2mggu retak… Mula2 tidak rase sakit… Tidak meneruskan rawatan… Bila start bekerja semula berasa sakit dan kurang penggunaan tangan berkenaan… Ape yg harus sy buat??

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami tangan retak selama 2 minggu dan tidak melakukan rawatan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, tulang yang retak memerlukan rawatan dan akan bergantung pada keterukan kecederaan tersebut.
Anda perlu ke hospital dengan segera untuk mengelakkan komplikasi serius seperti:
- Fraktur lewat pulih
- Fraktur pulih tetapi tidak kembali pada tempat asal
- Osteoarthritis
- Jangkitan tulang
- Kecederaan pada saraf atau saluran darah
- Sindrom kompartemen
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.