
Sulit
4 tahun
Tangan sy dan tapak kaki sy selalu berpeluh
sy daniel. 23 tahun. time sekolah pun dah berpeluh tangan. tp mai umur meningkat lagi menjadi peluh tapak kaki dan tapak tangan. apa cara untuk pulihkan seperti normal.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tapak tangan dan kaki kuat berpeluh ini boleh disebabkan:
- Penyakit hipertiroid
- Hiper-hidrosis - punca yang sering tidak diketahui
- Penyakit Phaechromocytoma - lebihan adrenalin dalam badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.