
Sulit
3 tahun
Tangan tak boleh genggam setelah pergelangan tangan patah
Saya seorang lelaki berusia 40 tahun… Saya eksiden pada bulan 1 thn ni… Bln 2 operation masuk implan dgn skru… Setelah lama tidak digerakkan tgn dgn jari jemari saya terasa terik dan tegang… Skrg ni nk gengam tgn pon tak boleh… Tgn pon ada bengkak.

3 tahun
Salam Sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, sekiranya sesuatu bahagian pada badan tidak digerakan dalam masa yang panjang seperti selepas pembedahan, ia akan menjadi tegang atau ketat (muscle stiffness). Selain itu, beberapa masalah yang lain juga boleh dipertimbangkan sebagai punca simptom anda.
Antaranya :
- Carpal tunnel syndrome
- Masalah sistem saluran darah ke tangan
- Masalah sistem saraf
- Osteoarthritis
Sila rujuk kepada pakar tulang atau fisioterapi untuk siasatan bagi masalah anda supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Anda juga boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah anda.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar tulang.