
durairajh2000
5 tahun
Tapak Kaki kebas dan rasa cucuk serta panas
Saya lelaki berumur 49 tahun. Tahap gula terkawal dengan metformin. 3 bulan kiraan adalah 6.3. Saya makan 2 biji waktu pagi dan 2 biji malam. Sekarang saya susah nak tidur waktu malam kerana rasa cucuk dan panas bawah tapak kaki. Doktor suruh saya makan neurobeon. Tapi masih sama. Tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah saraf
- komplikasi kencing manis
- kekurangan nutrisi seperti vitamin B12
Oleh itu bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.