faraniha28
4 tahun
Tapak kaki rata dan sakit belakang badan
saya seorang student di sebuah universiti awam saya memasuki satu badan uniform di mana setiap hari ia memerlukan saya berkawad dan ianya membuatkan tapak kaki dan belakang saya sakit.Kalau di teruskan dalam jangka masa yang lama adakah ia akan memberi effect kepada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh memudaratkan anda. ia boleh menyebabkan:
- Radang tendon Archilles
- Artritis pada usia yang muda
- Radang pada struktur ligamen tapak kaki
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.