
Sulit
4 tahun
Tapak tangan berasa kebas sepanjang masa meskipun baru bangun tidur
Saya seorang wanita berumur 19 tahun mengalami kebas di tapak tangan kiri secara berterusan sepanjang hari. Saya telah cuba untuk mengurut secara perlahan menggunakan minyak tetapi tiada perubahan. Saya menulis menggunakan tangan kanan. Keadaan ini terjadi sejak awal bulan 1 ini tetapi menjadi berterusan sejak 2 minggu yang lalu. Hal ini mengganggu saya dan berasa kurang selesa. Apakah sebab dan cara terbaik untuk merawatnya? Terimakasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas kenyataan dan soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mengalami masalah yang dihadapi:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Carpal tunnel syndrome
- Gangguan aliran darah ke bahagian tangan
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor kerana anda telah mengalaminya agak lama supaya pemeriksaan dan rawatan dapat dibuat dan diberikan.
Anda juga boleh lakukan senaman tangan untuk melihat sama ada ia dapat menyelesaikan masalah yang anda alami.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda dan mendapatkan penyelesaian. Terima kasih.